50 g (1/4 cwn) walnut atau kekacang pilihan - dipanggang dan cincang kasar
secukup kertas minyak - untuk membungkus doh
Cara-cara
Ayak bahan2 bertanda dan ketepikan.
Mentega dan gula dikacau hingga rata.Masukkan telur dan esen dan terus kacau.
Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau hingga habis dan rata.
Masukkan choc. chips dan kekacang dan gaul/uli hingga sebati.
Bahagi adunan kpd 2 bahagian dan bubuh diatas kertas minyak dan gulung perlahan2,bungkus dan simpan di dalam chiller supaya padat.Jika disimpan lama doh akan menjadi beku.
Keluarkan gulungan doh dr chiller dan biar doh pd suhu bilik dan hiris nipis,susun setiap kepingan doh diatas dulang pembakar.Jika hirisan doh tak berapa cantik,boleh dibentuk2kan semula.
Bakar pada suhu 160C hingga garing.
Doh ini juga boleh terus dibakar seperti cookies biasa jika tidak mahu disimpan.